faq

1. Q - Bilakah KoPPIM akan membayar dividen? Berapakah kadar dividen pada tahun 2020 ?

Untuk makluman KoPPIM tidak dapat memberikan dividen pada tahun sebelum ini. Atas sebab ini, pihak Malakat Eco berbesar hati untuk memberi insentif kepada ahli KoPPIM.

2. Q - Bila tarikh tutup untuk mendapatkan insentif?

A – Tarikh tutup tuntutan insentif adalah pada 31 Disember 2021

3. Q - Kenapa saya masih lagi tidak dapat insentif walaupun saya sudah menghantar pada sebelum 31 Disember 2021?

A – Jika Ahli sudah membuat pendaftaran , insyALLAH pihak pengurusan akan proses untuk membuat semakan. Kebanyakan kes proses untuk mendapatkan insentif lambat kerana terdapat ralat di QR kod yang di hantar daripada ahli kepada pihak pengurusan. Ini menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menghubungi ahli untuk hantar semula QR kod yang betul

4. Q - Adakah AGM telah berlangsung? / Bilakah AGM akan berlansung?

A – AGM bagi tahun 2021 telah di adakan pada 23 Disember 2021 yang di adakan secara online.

5. Q - Kenapa saya tidak di pilih untuk menghadiri AGM tempoh hari?

A – Untuk makluman , selepas mendapat nasihat daripada SKM, hanya perwakilan sahaja yang di jemput untuk ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) . Kami ada membuat notis ralat di laman sesawang rasmi KOPPIM tempoh hari.

6. Q - Bagaimanakah untuk saya menjadi perwakilan KOPPIM? Kenapa saya tidak di beritahu tentang perkara ini?

A – Untuk makluman, pihak pengurusan sudah membuat hebahan di laman rasmi Facebook KOPPIM dah juga laman rasmi Telegram berkenaan Pemilihan Perwakilan peringakat Negeri yang sudah di jalan kan pada 29 & 30 Mei 2021 . Sebanyak 96 perwakilan di pilih di setiap negeri.

7. Q - Boleh saya dapatkan buku laporan tahunan KOPPIM?

A – Ahli boleh muat naik buku laporan tahunan di website KOPPIM di bahagian Muat Turun

8. Q- Bagaimana cara untuk ahli membuat permohonan berhenti ?

A- Ahli perlu memberi notis bertulis 6 bulan terlebih dahulu kepada Ahli Lembaga. Atas sebab yang munasabah ,Lembaga boleh membenarkan dalam tempoh yang singkat.

Mengikut undang-undang kecil koperasi , muka surat 42 , ( seperti di lampiran ) untuk ahli yang ingin mengeluarkan syer ATAU ingin membuat permohonan berhenti menjadi anggota, jumlah pengeluaran tersebut mestilah tidak boleh melebihi daripada 5% daripada KEUNTUNGAN jumlah tabung simpanan

Ahli hendaklah memberi notis bertulis ( surat rasmi dan salinan kad pengenalan ) kepada Setiausaha Koperasi iaitu :

Cik Samsiah Sarif
Setiausaha
Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM)
KoPPIM @ Raudhah City
Jalan SP 10/1, Selangor Cyber Valley,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

Dokumen tersebut perlu di muatnaik ke dalam sistem anggota koperasi dan ahli hendaklah tekan pada butang permohonan berhenti untuk semakan daripada pihak pengurusan. Ahli koperasi perlu menyatakan sebab ingin berhenti dan jumlah syer yang telah dilaburkan berserta dengan butir perbankkan bagi memudahkan pihak pengurusan untuk membuat bayaran balik kepada ahli.

Permohonan akan diproses dalam masa 6 bulan ATAU bergantung kepada kelulusan daripada Ahli Lembaga dan telah mengikut terma dan syarat UUK.

9. Q - Di mana medium yang sesuai untuk saya menyuarakan masalah atau terdapat masalah di dalam akaun keahlian saya ?

A – Ahli boleh menyatakan segala permasalahan & sebarang pertanyaan sila tinggalkan butiran anda dengan klik link ini http://bit.ly/KoPPIMCareline bagi memudahkan pihak Konsultan KoPPIM untuk membantu anda. InsyALLAH pihak kami akan membantu dan menyelesaikan dengan kadar segera