Kenali Kami KoPPIM

Diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Matlamatnya adalah untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi.

Langgan Sebulan.

In Shaa Allah Mampu Memertabatkan Ekonomi Islam

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”

(TQS. Ar-Ra’d [13]:11).

Kenali Kami

KENALI KAMI

Diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM). Matlamatnya adalah untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi Islam. Antara Kekuatan KoPPIM adalah dalam naungan secara langsung dengan PPIM dan reputasi PPIM sebagai badan yang memperjuang hak pengguna sejak Jun 1997. KoPPIM diurus tadbir oleh barisan ahli korporat terlatih dan usahawan berjaya.

Diilhamkan atas kesedaran setelah melihat penguasaan ekonomi muslim di malaysia jauh ketinggalan selepas lebih 60 tahun kemerdekaan, KoPPIM mengambil inisiatif dengan menyatukan kuasa pengguna dan peniaga dibawah satu payung bagi membina ekosistem baru ekonomi islam di Malaysia.

Berlandaskan prinsip “No Riba”, In Shaa Allah tiada yang mustahil dengan bantuanNYA. Kita tidak mempunyai pilihan selain bersama bersatu hati membina kekuatan demi memartabatkan ekonomi Islam.

Latar Belakang

Kekuatan KoPPIM adalah dalam naungan secara langsung dengan PPIM dan reputasi PPIM sebagai badan yang memperjuang hak pengguna sejak Jun 1997. KoPPIM diurus tadbir oleh barisan ahli korporat terlatih dan usahawan berjaya.

Latar Belakang

Kekuatan KoPPIM adalah dalam naungan secara langsung dengan PPIM dan reputasi PPIM sebagai badan yang memperjuang hak pengguna sejak Jun 1997. KoPPIM diurus tadbir oleh barisan ahli korporat terlatih dan usahawan berjaya.

KENAPA KITA PERLU TUKAR DARI SISTEM EKONOMI YANG SEDIA ADA?

KENAPA KITA PERLU TUKAR DARI SISTEM EKONOMI YANG SEDIA ADA?

Kerana tidak mungkin kita akan menang pada platform & undang-undang yang dimiliki oleh syarikat asing yang dipenuhi dengan riba’, yang hanya mementingkan keuntungan material semata-mata, yang pengagihan harta adalah berbentuk cukai semata!

Mohd Fadzil Hashim

-Pengasas Malakat Mall-

Beliau punya pengaruh luar biasa. Semangatnya berkobar-kobar demi mengubah Ekosistem Ekonomi Muslim Baru. Kerana pengalamannya meluas dalam dunia perniagaan selama 19 tahun, beliau diberi kepercayaan untuk menjadi penasihat KoPPIM dalam membangunkan projek-projek berimpak tinggi yang bakal menyumbang kepada ekonomi Islam. Beliau pernah bertugas sebagai Sales Director di Dell Malaysia. Kini, beliau menjadi CEO kepada lebih 30 anak syarikat yang ketika ini bernilai RM250 Juta.

Pemenang Anugerah:

SOBA Award 2017

The Brandlaureatte 2018

Finalist EY Enterprenuership Award

Coach Fadzil pernah menceburi bidang perniagaan IT, My Nasi Lemak dan perniagaan tadika Cahayaku Gemilang sehingga lahirnya tadika Brainy Bunch. Brainy Bunch kini telah memasuki tahun ke-11 dalam industri.

Ketika ini memiliki 103 cawangan kampus di seluruh Malaysia, 4 cawangan di Singapura, 2 cawangan di Indonesia dan 1 sekolah tajaan di Gaza. Beliau juga merupakan pengasas Brainy Bunch International School di Cyberjaya & Johor Bahru.

Beliau merupakan seorang jutawan Muslim yang telah lama berusaha keras mengubah masa depan ekonomi Muslim. Di antara perjuangan Coach Fadzil adalah melalui seminar bersiri Ayuh Bangkit, di mana beliau memberi bimbingan coaching secara percuma sejak 2018 dengan sasaran untuk membantu 1 juta usahawan.

Setelah mendapati masalah usahawan disebabkan sektor peruncitan Bumiputera Muslim masih tidak berkembang kerana kita tiada akses kepada pasaran.

Malang sekali, usahawan kita benar-benar terkesan! Kerana itu, Coach Fadzil nekad untuk membangunkan pasar raya khas untuk muslim kita, Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya.

pie-chart.png

3 Strategi Teras

3 STRATEGI TERAS

Pembangunan Ahli Koperasi Pengguna Islam

Pembangunan Syarikat Pembayar Zakat

Pembangunan Eko-Sistem Ekonomi Beretika

JANGAN PERHATIKAN SAHAJA. AYUH JADI PEJUANG EKONOMI ISLAM!