HEBAHAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK)

KEPADA 
SEMUA AHLI KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA BERHAD

KOPPIM di daftarkan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 6 Mac 2017 dan berfungsi sebagai koperasi pengguna. Pada 7 Februari 2020 Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOPPIM pada tahun itu yang di pengerusikan oleh Dato Nazim Johan telah bersetuju berkerjasama dengan seorang usahawan Mohd Fadzil Hashim yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil untuk menubuh dan membangunkan MALAKAT MALL di Cyberjaya . Perjanjian usahasama antara KOPPIM bersama Mohd Fadzil Hashim ( Coach Fadzil) telah ditandatangani pada tarikh tersebut . Dengan Modal Syer terkumpul Anggota KOPPIM sebanyak RM 20.9 juta telah dilaburkan sebagai pelaburan yang dikenali sebagai ‘Islamic Redeemable Convertible Preference Share ‘ (iRCPS). Berbekalkan modal tersebut MALAKAT MALL dilancarkan pada 13 Mac 2020

Tidak diduga pendemik covid 19 pada tahun tersebut telah menyebabkan perniagaan yang dirancang di MALAKAT MALL terjejas. Secara tidak langsung ianya memberi kesan diatas pelaburan yang telah di buat oleh ALK KOPPIM. Operasi MALAKAT MALL yang bermatlamatkan platform penyatuan pengguna dan usahawan barangan Islam tetap diteruskan. Segala perbelanjaan operasi MALAKAT MALL berjalan seperti biasa demi menjamin keharmonian dan kelangsungan.

Sejak beroperasi dari tahun 2017 sehingga tahun kewangan berakhir 2022 , KOPPIM telah mencatatkan kerugian terkumpul sebanyak (RM 129,886.83). Kerana kurang yakin dengan prestasi KOPPIM beberapa orang anggota KOPPIM telah memohon untuk menarik diri dari keanggotaan KOPPIM. Berpandukan Undang-undang kecil (UUK) KOPPIM , notis enam bulan di peruntukan bagi anggota yang berhenti, mendapat semula modal Syer masing-masing. Faktor kerugian tahunan disamping masalah aliran tunai berterusan, menyebabkan KOPPIM gagal untuk melunaskan bayaran tersebut mengikut tempoh yang dijanjikan.

Timbul juga kekeliruan apabila masyarakat Islam terutamanya anggota KOPPIM beranggapan MALAKAT MALL diuruskan sepenuhnya oleh KOPPIM. Untuk pengetahuan umum , MALAKAT MALL di tadbir dan dikendalikan oleh Malakat Mall Sdn Bhd. Pada hakikatnya KOPPIM dan Malakat Mall Sdn Bhd itu sendiri adalah dari entiti perniagaan yang berbeza.

Anggota yang tidak berpuas hati telah membuat aduan rasmi ke SKM sehingga notis amaran di beri dan siasatan dijalankan. Pada Ogos 2021 di bawah seksyen 69 Akta Koperasi 1993, KOPPIM diarahkan untuk menghentikan aktiviti oleh SKM. Sehinggalah 9 November 2022 dengan arahan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar , KOPPIM dibenarkan beroperasi semula dengan bersyarat.

Mematuhi arahan SKM , Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Agung Koperasi KOPPIM kali ke 3 telah diadakan dengan kehadiran 69 perwakilan secara atas talian pada 19 Januari 2024 .

Lapuran kewangan berakhir 31 Dis 2022 telah dibentang dan dibahaskan oleh perwakilan yang hadir . Isu – isu berbangkit berkenaan pelaburan KOPPIM di MALAKAT MALL juga telah dibincangkan oleh perwakilan yang mewakili anggota KOPPIM dan Pengerusi KOPPIM pada waktu itu Tn Hj Mustapha Kamal Razali serta barisan ALK yang hadir.

Pada mesyuarat Agung itu juga , semua kesembilan anggota Lembaga KOPPIM terdahulu telah melepaskan jawatan masing-masing. Tanggungjawab tersebut telah diambil alih oleh 9 orang Anggota Lembaga Koperasi yang baru secara sukarela untuk sesi 2024/2027. Sebagai tindakan segera beberapa inisatif telah dilaksanakan oleh ALK yang baru dilantik :-

1. Mengadakan mesyuarat dengan kekerapan sebulan sekali untuk berbincang aktiviti KOPPIM
2. Perbincangan bersama pengurusan Malakat Mall Sdn Bhd untuk menambah baik prestasi Malakat Mall
3. Menghubungi anggota-anggota KOPPIM yang mempunyai masalah modal Syer .
4. Mengawal aliran tunai KOPPIM.
5. Mencari peluang perniagaan baru

Memikul tanggung jawab sebagai anggota lembaga koperasi yang telah diamanahkan anggota, ALK KOPPIM yang baru telah merancang pelan perancangan PS29 ( 5 tahun). Bermatlamat untuk membentuk KOPPIM sebagai sebuah KOPERASI berlandaskan prinsip prinsip KOPERASI disamping memenuhi matlamat Anggota yang mempunyai modal syer di KOPPIM . Berbekalkan pengalaman sebgai koperator, barisan ALK baru yang memikul amanah anggota KOPPIM mohon diberi masa untuk membina KOPPIM sebagai Koperasi yang mampu meningkatkan aktiviti sosio ekonomi anggotanya. Insha Allah , ALK yang memikul amanat 26,902 Anggota KOPPIM akan berusaha sebaik mungkin. Hubungi ALK dan pengurusan KOPPIM untuk sebarang permasalahan yang timbul. Pintu perbincangan sentiasa terbuka.

Saya juga menyeru anggota KOPPIM yang masih setia dan mempercayai matlamat dan perjuangan KOPPIM sebarkan, hebohkan dan viralkan perkara benar yang telah di wacana kan.

Kuat pokok kerana akar ,kuat akar kerana tanahnya . Ayuh , sekali lagi saya menyeru marilah kita sebagai anggota KOPPIM kukuhkan kerjasama sebagai anggota koperasi dengan penuh ikhlas dan semangat, anggapnya sebagai ibadah kerana Allah Taala.

Akhir kalam , jangan kita lupa berdoa kepada Allah Taala, semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberi petunjuk serta kekuatan menjalankan Amanah dengan sebaik mungkin .

Mohd Fadzil Abdul Ghani
Pengerusi Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KOPPIM)
pengerusi@koppim.com.my

Share this post

Pengumuman

SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI

Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema menggegarkan jiwaSekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta di hari mulia. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia khususnya kepada anggota

Maklumat Lanjut >>>
Pengumuman

Marhaban ya Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah Puasa kepada seluruh umat islam khususnya kepada anggota KoPPIM. Semoga ALLAH memberi kekuatan & kesihatan yang baik dalam menjalankan ibadah ini. Ucapan

Maklumat Lanjut >>>
Pengumuman

MEMO

Tarikh : 7 Mac 2024MEMOAnggota Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), MEMO SISTEM PEMBAYARAN TERGENDALA Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Dukacita dimaklumkan

Maklumat Lanjut >>>