Assalamualaikum wbt.
Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.
Adalah diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mengemaskini maklumat ahli & mengesahkan baki modal syer anggota di dalam koperasi pada tarikh akhir 31 Disember 2023.
2. Segala maklumat ini adalah untuk tujuan audit luaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 serta memastikan ketepatan rekod pihak kami.
3. Tuan/Puan boleh kemaskini & menyemak baki modal syer/pelaburan Anggota melalui laman sesawang Anggota di https://anggota.koppim.com.my/ dan mohon sahkan maklumat tersebut melalui link https://forms.gle/KG3MjE8ELFeFLocm9 untuk pihak Pengurusan kemukakan kepada pihak Juruaudit.
4. Peringatan juga untuk ahli membuat semakan dan memuat naik kad pengenalan depan belakang di bahagian “INFO MYKAD” bagi ahli yang belum muat naik kad pengenalan di dalam portal ahli
5. Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan padu daripada pihak Tuan/Puan. Segala maklum balas daripada Tuan/Puan amatlah kami hargai.
Semoga penglibatan aktif dan kerjasama Tuan/Puan menjadi dorongan kepada kami untuk meningkatkan prestasi koperasi menambah nilai anggota ke tahap yang lebih cemerlang.
“Pejuang Ekonomi Islam”
Yang menjalankan amanah,
Pihak Pengurusan
KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA BERHAD