Notis Mesyuarat Agung Kawasan KoPPIM 2023

KEPADA
SEMUA AHLI KOPERASI
KOPERASI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA BERHAD
Assalamualaikum,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas:

Tarikh : Mengikut Zon ( Jadual di sediakan di lampiran)
Masa : Mengikut Zon ( Jadual di sediakan di lampiran)
Tempat/Media : Atas talian link akan diberikan 2 hari sebelum MAK dijalankan

Agenda Mesyuarat Ahli Kawasan KoPPIM seperti berikut:

1. Melantik seorang Pengerusi Mesyuarat;

2. Melantik seorang Pencatat Minit;

3. Membentangkan Laporan Tahunan Akaun teraudit Koperasi untuk tahun Berakhir 31
Disember 2022;

4. Membentang Belanjawan bagi Tahun 2024 untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat
Agung Perwakilan Tahunan Koperasi;

5. Cadangan Pindaan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi , jika ada;

6. Memilih Dua Puluh (20) orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) kali ke – 3, pada Disember
2023

7. Usul daripada Lembaga dan anggota, jika ada

Sekiranya YBhg Dato’/Tuan/Puan/Cik mempunyai usul untuk dikemukakan di dalam MAK usul
tersebut hendaklah diserahkan kepada 7 Hari sebelum tarikh mesyuarat ini. Usul tersebut boleh
di kemukakan melalui email ke setiausaha@koppim.com.my atau Whatsapp ke 016-210 0841
secara bertulis. Usul tersebut hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong. Kami akan
sediakan contoh borang usul untuk rujukan.
Untuk ahli KoPPIM yang berminat untuk menjadi perwakilan KoPPIM ke Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) kali ke – 3
pada Disember 2023 boleh mengisi borang Google yang di sediakan .

https://forms.gle/tNSewwZxHA6mwo2d9

Sekian, Terima Kasih

Yang Berkhidmat,
Samsiah Sarif
Setiausaha

Share this post

Pengumuman

SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI

Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema menggegarkan jiwaSekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta di hari mulia. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia khususnya kepada anggota

Maklumat Lanjut >>>
Pengumuman

Marhaban ya Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah Puasa kepada seluruh umat islam khususnya kepada anggota KoPPIM. Semoga ALLAH memberi kekuatan & kesihatan yang baik dalam menjalankan ibadah ini. Ucapan

Maklumat Lanjut >>>
Pengumuman

MEMO

Tarikh : 7 Mac 2024MEMOAnggota Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), MEMO SISTEM PEMBAYARAN TERGENDALA Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Dukacita dimaklumkan

Maklumat Lanjut >>>
Berita Terkini

Tahniah Kepada ALK 2024/2026

Previous Next Previous Next Assalammualaikum w.b.t.  Semoga semua perwakilan di dalam keadaan sihat adanya.  Alhamdulillah, berlangsung sudah Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) kali pertama bagi

Maklumat Lanjut >>>